Tuesday, May 24, 2011

Mesyuarat AJK Surau D'Wakaf

Assalamualaikum warahmatullah..kepada semua AJk Surau D'Wakaf insyaAllah mesyuarat AJk akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Isya' (harap dapat makan malam awal)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Surau
Agenda : Pembentangan Usul Khairat Kematian (Hj. Hasbullah)

Para Ustaz/ustazah yang berkelapangan turut dijemput hadir sebagai Jamaah Penasihat mudah-mudahan keputusan yang diambil adalah terbaik menurut syariatullah dan sunnatullah.

Saturday, May 21, 2011

KULIAH SUBUH - JEMPUTAN

InsyaAllah program kuliah subuh akan diadakan seperti ketetapan berikut :



TARIKH : 22 Mei 2011 (Ahad)

MASA : Lepas Solat Subuh -7.15 am

PENCERAMAH : USTAZ MD. NASRIN



Tuan/puan ahli kejiranan 7/3 dengan hormatnya dijemput hadir.


Sekian terima kasih.


SETIAUSAHA D'WAKAF
Putra Nurwan Shah

Friday, May 20, 2011

Tazkirah Malam Jumaat

Petikan tazkirah malam tadi.....
1. Yang paling dekat - Mati
2. Yang paling jauh - Masa/Pengalaman Lalu
3. Yang paling berat - Amanah
4. Yang paling ringan - Tinggalkan Solat
5. Yang paling besar - Nafsu
6. Yang paling tajam - Lidah Manusia

oleh:-  Faizal Riza

Aktiviti Dusun Kita

As-Salam,

Aktiviti di Dusun Kita pada 22.05.2011 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi:-

1. Membersih/membaja pokok buah sediada.
2. Menanam pokok Labu dan Tembikai
3. Menanam pokok Bunga Raya di sepanjang pagar.
5. Menanam pokok pisang pelbagai jenis di antara pokok buah.
6. Demonstrasi pemeliharaan pokok oleh En. Ody.

Sehubungan dengan itu saya dengan rendah diri mohon jasa baik Tuan-tuan dan Puan-puan untuk sama-sama menyertai aktiviti ini.
Untuk makluman juga aktiviti seperti ini memerlukan bantuan seperti berikut:-
1. Tenaga
2. Sumber kewangan (untuk membeli baja)

Terima kasih.
Faizal Riza

KELAS BIMBINGAN MATEMATIK

Untuk makluman semua,
Kelas Bimbingan Matematik minggu ini akan berjalan seperti biasa bermula jam 9.00 pagi. Kelas akan bercuti sempena Cuti Persekolahan selama 3 minggu dan bersambung kembali pada 19.06.2011.

Terima Kasih,
Faizal Riza

HIMPUNAN AYAT-AYAT Al-QURAN & HADIS TENTANG PERKAHWINAN

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

sumber:- http://cahayakad.fotopages.com/?entry=1078834

 

KENDURI KAWIN

Salam dan Selamat sejahtera,

Merujuk kepada kad jemputan ini saya mempersilakan Datuk, Datin, Tuan, Puan ke majlis kenduri sambut menantu pada 4 Jun, 2011 (Sabtu) di Dewan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) KM 6, Jalan Serdang Kajang dari 12.00 t/hari ke jam 4.00 petang.  Dengan kehadiran dan ingatan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami.  Terima kasih


Kad jemputan ini hanya untuk memperkenalkan saya yang hantar kerana ramai ahli taman ini yang saya belum kenal dan mereka pun tak kenal saya. Kad akan dihantar juga kerumah ahli persatuan. Semoga majlis saya ini akan lebih meriah dengan kehadiran kengkawan dari 7/3.




Wednesday, May 18, 2011

BULAN SUKAN REMAJA 2011


BULAN SUKAN REMAJA TUJUHPALANGTIGA 2011
TARIKH : 28 – 29hb Mei 2011 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT : Gelanggang Serbaguna Tujuhpalangtiga
MASA : Bermula jam 7:30 pagi



Sunday, May 15, 2011

Doa Yang Tidak Diperkenankan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul”

Firman-Nya :
“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51).

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu” (Surah al-Baqarah : Ayat 172).

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara tidak berhati-hati dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud : “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..” (Surah al-A’raf : Ayat 55)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa”. (at-Tabrani)




sumber:- http://sinar.cikedis.com/maksud-bacaan-di-dalam-solat

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Doa Iftitah
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, Kayakan daku, Angkatlah darjatku, Rezekikan daku, Berilah aku hidayah, Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.


Bacaan Ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

sumber :- http://sinar.cikedis.com/maksud-bacaan-di-dalam-solat

Surat Beranak Barrack Obama

Surat Beranak Barrack Obama

Maksud Sumpah Laknat



Maksud Sumpah

Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin. Pada dasarnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka. Apabila mereka saling bersumpah, masing-masing memukul tangan kanannya dengan tangan kanan orang yang bersumpah. Adapun dari sudut istilah, ia bererti menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus.



Saturday, May 14, 2011

Pengumuman 4 - Infaq pada Surau

BARANG-BARANG UNTUK Di INFAQ PADA SURAU

1.    2 kipas Angin Siling. (RM 200)
2.    PA Upgrade. (RM 3000)
3.    Video Cam. (RM 2000++)
4.    Screen 9 Kaki (RM 300)

Tuan/Puan dialu-alukan untuk turut serta menginfaq (dalam bentuk RM) pada surau. Sila hubungi AJK Persatuan.

*InsyaAllah mudah-mudahan ia menjadi Sadaqah Jariah yang berkekalan dibawa mati. Amin



Pengumuman 3 - Jemputan


JEMPUTAN KENDURI TAHLIL, DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

Semua Jemaah dijemput hadir ke Majis di atas pada dan tempat berikut :-

TARIKH :- 17 Mei 2011 (Selasa)

MASA :- Selepas Solat Zohor

TEMPAT :- Rumah No 22, Jalan 7/3G


(Tn Kenel Zul)



Pengumuman 2 - Khairat Kematian

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ke semua sahabat-sahabat warga tujuhpalangtiga.

Dimaklumkan bahawa "Skim Khairat Kematian Persatuan Penduduk Jalan 7/3" akan tamat pada 31/5/2011. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan kerjasama semua penduduk untuk memperbaharuinya sebelum 25/5/2011.

Pembaharuan boleh dibuat dengan bayaran sebanyak RM 15 sahaja kepada saya (Haji Saiful Anuar Bin Mohd Noor - selaku Bendahari Persatuan) no hp. 016-2383249.

Kepada ahli yang pertama kali menyertainya, perlu menyertakan no kad pengenalan dan tarikh lahir (bagi yang menggunakan k/p bukan awam).

*Kerjasama semua sahabat-sahabat, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian Wassalam.
Saiful

Pengumuman 1 - Sambutan Hari Ibu

Sempena Program Sambutan Hari Ibu 2011, HELWA jalan 7/3 menganjurkan Solat Sunat Hajat & Ceramah pada :-


16 Mei 20011/ 16 Jumada Thani 1423H
Jam 8.30-11.30 Malam
Di Surau D'Wakaf

Bertajuk:- "Peranan Ibu Dalam Membentuk Anak Muslih"
Oleh :- USTAZAH SALMY EDAWATY YAACOB (Pensyarah di Fak. Peng. Islam, UKM)

*Program bacaan Mathurat dan kuliah Dhuha pada 14hb.- dibatalkan.
*Digalakkan menyumbang makanan secara pot luck.



 












Kelebihan Menuntut Ilmu

"Dan apabila dikatakan, Berdirilah Kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang beriman di antara kamu dan orang yang DIBERI ILMU PENGETAHUAN beberapa darjat". (Surah Al Mujahadah 58:11)

"Sesiapa menempuh perjalanan dengan tujuan untuk MENUNTUT ILMU, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya JALAN KE SYURGA" (Riwayat Muslim No.2699)



Solat Sunat DHUHA


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi






Niatnya:-
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali





Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:-

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.





D'WAKAF

Pandangan dari belakang Surau kami.




Pandangan dari Ruangan Makan "huii..!! ada ASTRO tu.."


Ruangan solat wanita



Ruangan surau yang telah dipebesarkan bagi menampung Jemaah yang kian bertambah.








Silaturahim Asas Masyarakat cemerlang


Oleh Ustaz Zamuddin Jusoh
SAYA mempunyai keluarga yang sering bergaduh membabitkan hal remeh sehingga membabitkan kedua-dua ibu bapa. Bolehkah ustaz terangkan mengenai tuntutan Islam terhadap hubungan silaturahim dan kekeluargaan serta perkara berkaitan ketaatan terhadap kedua-dua ibu-bapa?


Nurashikin Ismail
Bandar Sungai Buaya, Rawang


KITA dapati sejak akhir-akhir ini, fenomena derhaka kepada kedua-dua orang tua dan sering mencetuskan pergaduhan antara saudara sendiri menjadi semakin parah dalam masyarakat yang mendakwa mempunyai tamadun tinggi. Ada yang berbakti secara bermusim seperti hari perayaan saja dan meninggalkan saudara mereka jauh setelah musim itu selesai.


Ingatlah bahawa apabila kembalinya seseorang ibu atau bapa ke rahmatullah, maka satu seruan dari sisi Allah SWT berbunyi: “Sesungguhnya hilanglah dari dunia ini orang yang telah kami muliakan kamu di dunia ini kerana kewujudannya”. (Maksud Hadis Qudsi)


Adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang mukmin memohon keampunan kepada Allah SWT bagi kedua ibu bapanya dan seluruh orang yang beriman, menghubungkan silaturahim persaudaraan, menghulurkan bantuan pada perkara yang baik.


Maksud silaturahim ialah mengambil berat serta menyayangi mereka dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan dengan cara berterusan. Perkara yang kurang diperhatikan dalam masyarakat hari ini adalah sesuatu yang amat penting dalam proses membina masyarakat cemerlang. Antara yang ingin dibicarakan di sini ialah:


Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa dan silaturahim mengikut pandangan al-Quran.
Memutuskan hubungan persaudaraan adalah sesuatu yang diharamkan oleh syariat Islam dan Allah SWT mengaitkan hubungan persaudaraan ini dengan namaNya yang mula. Firman Allah SWT: “Dan takutlah kamu akan Allah SWT yang kamu sering memohon pada-Nya dan peliharalah silaturahim. Sesungguhnya Allah SWT amat hampir kepada kamu”. (Surah An-Nisa, ayat 1)


Ini adalah peringatan daripada pemilik alam semesta bahawa silaturahim adalah antara cabang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini bermakna memutuskan silaturahim adalah sesuatu yang amat buruk akibatnya di sisi Allah SWT yang menganugerahkan limpahan rezeki dan kepada manusia melalui hubungan ini.


Allah SWT mencipta menjadikan sebab dan musabab kepada sesuatu perkara. Ini dapat dilihat apabila seseorang bertemu saudaranya dengan perasaan riang gembira justeru Allah SWT akan memberi keberkatan dan kebaikan yang banyak.


Ditambah pula dengan sifat pemurah dalam ketakwaan kepada Allah SWT, lalu ia mendapat kasih sayang daripada manusia yang baik dan doa daripadanya, seterusnya mendapat keredaan Allah SWT. Mereka yang menyimpang tidak akan merasai nikmat ini. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang bersikap bakhil sebenarnya dia bakhil terhadap dirinya sendiri.” (Surah Muhammad, ayat 380)


Kelebihan berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim mengikut paparan hadis Rasulullah SAW
Dalam sebuah hadis sahih daripada Anas Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menginginkan bahawa Allah SWT memurahkan rezekinya dan mendapat keberkatan pada umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”


Dari Abdullah Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)


Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa adalah antara dosa besar. Sabda Nabi SAW: “Sebesar-besar dosa ialah syirik dan derhaka kepada ibu bapa.”


Sahabat bertanya: “Apakah seorang anak sanggup mencaci kedua-dua ibu bapanya?”
Jawab Nabi SAW: “Apabila seseorang mencaci ibu bapa orang lain, maka mereka akan mencaci ibu bapanya pula.” Sabda Rasul SAW: ‘Tidak akan masuk syurga mereka yang memutuskan silaturahim.”