Perutusan Pengerusi



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Menemui semua rakan-rakan warga tujuhpalangtiga yang beriman, dermawan dan budiman. Gembira rasanya berpeluang memberikan kata-kata aluan di ruang maya ini.

Sebelum memanjangkan ucapan saya, Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Biro Siaranta yg mengusahakan laman maya ini, sebagai suatu usaha memajukan media informasi dan komunikasi sesama kita warga tujuhpalangtiga.

Teman-teman tujuhpalangtiga sekelian, perkara utama yang menghambat kita saban hari adalah “MASA”. Masa terasa begitu pendek, cepat dan sangat terhad, menjadikan kita begitu terburu-buru dalam kehidupan.

Dalam kesempatan ini saya mahu bertanya diri saya sendiri dan teman-teman semua; Apa sebenarnya yang kita kejar, sehingga terasa masa sebegitu rupa? Kita mengejar kehidupan dunia atau kehidupan selepas dunia ini? Saya mahu menjawab, untuk ”mengetuk minda” saya. Apa kata teman-teman juga menjawab sendiri, untuk “mengetuk minda” teman-teman semua.

Sekaligus, mari kita membaca dan memahami intipati surah Al-Asr;

Al-’Asr 103: (1-3)

Demi Masa! [1]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2]

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[3]

Kata pepatah arab; "Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memangkasnya, dia akan memangkas kamu!"

Ada satu pepatah Inggeris; "Time waits for no men" juga elok diingati dan difahami dalam konteks memelihara masa.

Selamat berjaya untuk teman-teman. Berjaya mengisi masa dengan perkara yang bermakna.


Terima kasih.

Mohd Shafie Ngah
Pengerusi,