Friday, June 10, 2011

Gotong Royong TujuhPalangTiga


Assalammualaikum,

Persatuan Penduduk 7/3 melalui biro keceriaan bercadang untuk mengadakan satu program aktiviti gotong-royong khas untuk memotong/menebang pokok-pokok liar yang tumbuh di persekitaran kejiranan kita dan jugamencantas dahan-dahan pokok sediada yang mengganggu penglihatan/perjalanan kenderaan pada 25 dan 26hb Jun 2011 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 7.30 pagi.

Perlu diingat pokok-pokok yang ditanam oleh pihak pemaju TIDAK boleh sewenang-wenangnya kita tebang melainkan ianya betul-betul mengganggu persekitaran kejiranan kita.

Sehubungan dengan itu saya mohon jasa baik Tuan-tuan dan Puan-puan semua di kejiranan jalan 7/3 supaya memaklumkan kepada saya ataupun AJK Persatuan berkenaan pokok-pokok besar yang berdekatan dengan kediaman Tuan-tuan dan Puan-puan yang hendak/perlu ditebang/dicantas bagi memudahkan kami mengaturkan tugas semasa program tersebut.

Kerjasama Tuan-tuan dan Puan-puan semua amat saya dan kami pihak Persatuan hargai.

Faisal Riza
Biro Kecerian


No comments: